Monday, April 18, 2011

World of warcraft best complete games guide

Salam semua. Kali ini saya nak cerita pasal permainan video. tentu ramai peminat permainan video di malaysia. Dan saya rasa ramai yang masih baru dalam permainan dan tercari-cari teknik dan cara permainan yang bagus untuk menamakan permainan tersebut. Disini  saya perkenalkan beberapa panduan bagi beberapa pemainan yang mendapat sambutan hebat di dunia sekarang.

1. Zygor Alliance & Horde World of Warcraft Leveling & Dailies Guides Click Here! atau terus ke  alamat ini  http://34e94c1jx5plq9dvtjaijcuwc7.hop.clickbank.net/?tid=KY73DD46

Wednesday, March 23, 2011

Kisah Hidup Seorang Wanita Tabah

Salam semua pembaca.
Apa khabar kepada semua pembaca yang sudi membaca nukilan saya ini. Kisah ini agak panjang dan mungkin agak membosankan bagi sesetengah orang. Tapi tidak mengapa, sapa yang nak baca boleh baca, sapa tak mahu, tidak mengapa tak rugi pun.
Cerita ini bukan untuk meminta belas kasihan, tetapi sekadar berkongsi pengalaman hidup seorang sahabat yang pernah melalui zaman yang agak suram sewaktu beliau masih kecil, sehinggalah mampu untuk berdikari.
Saya nak mengajak semua merenung dan memikirkan sejenak isu anak yang dibuang keluarga. Kalau dulu heboh dikatakan anak yang membuang ibu bapa yang tua ke pusat jagaan, tetapi sekarang ini banyak ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka.
Saya telah mendengar keluhan seseorang yang telah diabaikan oleh ibunya setelah kematian bapanya. Ibunyab telah berkahwin lain tidak lama selepas itu. Jadi kisah yang akan saya ceritakan ini berkisar, pada kehidupan yang dilalaui sahabat saya ini setelah kematian bapanya.
Kawan saya mempunyai 5 adik beradik. Dia ada seorang abang dan kakak, dan ada seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan.
Mereka telah ditinggalkan bersama-sama nenek untuk menjaga mereka, manakala si ibu dengan suami barunya dan anak bersama suami baru tinggal berasingan dan hidup senang. Manakala anak-anak yang bersama suami lama ditinggalkan begitu sahaja. Mereka hidup dalam keadaan susah.
Nasib mereka baik kerana nenek mereka seorang yang baik dan dialah yang mengajarkan agama pada kawan saya dan adik-beradiknya.
Kawan saya berumur kira-kira 9 tahun ketika ditinggalkan ibunya. Abangnya pula berumur kira-kira 12 tahun dan kakaknya berumur 10 tahun. Kedua adiknya lelaki berumur 6 dan perempuan berumur 7 tahun. ibunya bukan sahaja tidak mengajar kan kepada dia agama bahkan satu bismillah pun tidak pernah diajarkan.
Mereka telah diabaikan begitu sahaja seolah-olah diri mereka langsung tidak bernilai dan tidak diperlukan.
Walaupun hidup susah bersama nenek, tetapi sahabat saya masih dapat bersekolah tetapi cuma sampai darjah 3. Nasib baik dia seorang yang cerdik, waalaupun cuma darjah 3 tetapi kawan saya fasih membaca bahasa melayu jawi dan rumi. Dia juga pandai membaca al-quran kerana diajar oleh seorang guru agama dikampongnya yang digelarnya Tok Sidin.
Setelah beberapa tahun ibunya tidak pernah menjengoknya malah kabar berita pun tiada. Pada usianya mencecah 12 tahun nenek yang menjaganya meninggal dunia. Ketika itulah kesusahannya kedua dalam hidupnya bermula. Kawan saya dan adik lelaki nya diambil oleh bapa saudara, adik perempuannya telah diambil oleh ibunya, manakala kakaknya telah berkahwin dan abangnya pula merantau sendirian kerana adik-adiknya telah berpecah.
Selepas berpecah mereka telah meneruskan kehidupan masing-masing. Namun adik lelakinya telah dihalau oleh bapa saudaranya keluar dari rumah selepas beberapa tahun berikutnya kerana keputusan peperiksaan SRP yang tidak beberapa baik. Pada ketika itu kesedihanya tidak dapat dikatakan kerana ketika itu adiknya tidak mempunyai wang yang cukup. Ketika itu sahabat saya hanya mampu memberinya Rm 20 sahaja menurut sahabat saya kerana itulah sahaja simpanan yang ada. Selepas itu adik lelakinya tinggal  disendirian di Kuala Lumpur. Nasib baik kakaknya yang ketika itu hidup dalam kesempitan tetapi tetap membantunya sedikit - sebanyak.
Walaupun dijaga oleh bapa saudara, tetapi kehidupan harian sahabat saya tidak ubah seperti orang gaji. Semua kerja rumah perlu dilakukan. Dari memasak, mengemas, membasuh dan membantu menyiapkan sepupunya untuk kesekolah semua dilakukan. Rutin harian hidupnya ketika itu bermula seawal 3 pagi dan hanya berakhir paja jam 11 malam. Walaupun agak susah bekerja, tetapi bapa saudaranya menjaganya dengan baik, dan memberinya makan dan pakai yang cukup.
Setelah berumur 16 tahun buat kali pertama sahabat saya bertemu dengan ibu dan bapa tiri serta adik-adik barunya. Oleh kerana baru berjumpa, ibunya berpura-pura mengajaknya tinggal sehari dua dengannya. walaupun keberatan ketika itu, tetapi oleh kerana tidak mahu dianggap sombong sahabat saya tetap mengikut jua tinggal selama 2 minggu di rumah ibunya.
Disangkanya ibunya telah berubah, akan tetapi sebaliknya berlaku. setelah 7 hari tinggal dirumah ibunya, dia ditawarkan oleh ibunya untuk bekerja kerana sudah dewasa. Pada ketika itu, sahabat saya hanya menurut sahaja. Dia telah diberi tiket bas untuk kesuatu kawasan di Grik, Perak. Sampai disana, rupanya kerja yang ditawarkan ialah bekerja sebagai wanita pelayan askar di kem tentera Grik ketika itu. sahabat saya sangat terkejut dan mula rasa sangat bimbang kerana pekerjaan itu berisiko dan kerjanya lebih dari sekadar orang gaji. Nasib kawan saya sangat baik kerana kebetulan majikanya ketika itu seorang askar yang berhati mulia. Dia telah menyuruh kawan saya pulang kerana kerja yang dibuat adalah kerja yang merbahaya dan turut terlibat perkara yang salah disisi agama. pembaca fikirlah sendiri apa kerjanya.
Sahabat saya telah pualng dengan bantuan majikannya. Hati sahabat saya sangat sedih dan hancur kerana, mengapa ibunya walaupun benci kepada anak sendiri, tetapi mengapa tergamak menyuruh anaknya menggadai nyawa dan maruah diri. Sudahlah dibuang dari kecil, kemudian sesudah anak besar hidup sendirian disuruh pula kerja seperti itu. Para pembaca sekalian, cuba fikir ibu jenis apa yang sanggup berbuat seperti ini. Seminggu berikut dirumah ibunya, sahabat saya dilayan dengan penuh kebencian, bukan sahaja oleh ibu, malah oleh semua adik-beradik barunya. Malah, adik perempuannya yang datang dari bapa yang sama juga sangat membenci nya. Sahabat saya sangat sedih. Tanpa mengetahui apa salah dan dosanya pada mereka, dia dilayan sedemikian rupa. Oleh kerana tidak tahan hidup menderita dirumah ibu sendiri, sahabat saya mengambil keputusan pulang semula kerumah bapa saudaranya.
Pada ketika itu, keluarga bapa saudaranya telah berubah dan melayannya dengan baik seperti keluarga sendiri. Malah jauh lebih baik dari hidup dengan ibunya dan keluarga barunya.
Setelah beberapa tahun berlalu sahabat saya telah berkahwin dengan seorang lelaki dan tinggal di sebuah kawasan kampung tersusun. walaupun hidup agak miskin, tetapi mereta tetap bahagia dan dikurniakan 4 orang anak.
Walaupun telah berkeluarga, tetapi hubungan sanabat saya dan keluarga ibunya masih seperti dahulu. Keluarga ibunya bukan sahaja sombong, malah sangat tamak. Sebelum arwah ayah sahabat saya meninggal dunia, dia ada meninggalkan beberapa lot tanah di kampongnya. Akan tetapi ibunya dan adik-beradiknya menidakkan hak sahabat saya, adik dan abangnya. Bagi meraka sahabat saya dan adik-beradiknya dengan ayah pertamanya, langsung tidak berhak atas harta itu. Padahal harta itu milik arwah ayah sahabat saya. Bukan harta ibunya. Menurut sahabat saya arwah bapanya ada meninggal kan tanah sawah, kebun getah, dan tapak rumah. Dan kesemua hasil dari tanah itu tidak pernah diberikan kepada sahabat saya dan adik-beradik bapa kandungnya walaupun sesen.
Padahal dalam agama, setelah seorang lelaki meninggal, perkara pertama yang wajib ialah membersihkan harta itu dari hutang dan sebagainya. Kemudian barulah dibahagi, bahagian ibu hanya 1/6, kemudian dari baki 5/6 anak lelaki mendapat dua bahagian manakala anak perempuan mendapat satu bahagian.
Kalau dikira dari hukum agama, sepatutnya sahabat saya ada bahagiannya dan begitu juga adik-beradik dengan bapa kandungnya. Walhal si ibu hanya berhak sebanyak 1/6 sahaja. Dari bahagian itulah baru dibahagikan kepada keluarga barunya.
Bagi sahabat saya bukan soal harta yang dituntut. Kerana tanpa makan dari hasil tanah pusaka dia tetap juga membesar menjadi seorang yang tahu hukum agama, tetapi dimanakan akal fikiran dan kewaran akal ibunya dan adik beradik sebelah bapa tirinya yang menggunakan harta milik sahabat saya dari kecil sampai dah besar dan kononnya jadi orang berharta setelah dewasa, tetapi sangat dangkal dalam menjaga hukum agama. Kenapa tiadak pernah meraka cuba menjelaskan perkara ini, yang mana Allah swt memberi amaran azab kepada mereka yang memakan harta dari sumber yang tidak bersih. Adakah disekolah tidak diajar. Dan sekarang setelah besar, dan menjadi orang berharta, mengapa tidak pula cuba menyelesaikan perkara ini yang membabitkan mana arah tuju kita diakhirat kelak.
Bagi sahabat saya hanya ada satu kesimpulan sahaja. Kerana mereka SOMBONG dan GAH serta takabbur.
Masakan mereka tidak mampu untuk datang berjumpa sahabat saya dan meminta maaf dan menjelaskan perkara ini. Meraka bukan sahaja telah berlaku zalim pada sahabat saya, dari kecil, malah setelah meraka besar, mereka sombong dan angkuh. Buktinya meraka tidak pernah sesekali pun meminta ampun dan maaf diatas segala kesilapan mereka selama ini, malah mereka terus-menerus sehingga kini menidakkan hak sahabat saya.
Menurut sahabat saya adik-beradik bapa tirinya itu, sewenangnya melakukan apa sahaja pada tanah pusaka miliknya, malah mereka cuba membahagikan harta pusaka dengan cara mereka sendiri tanpa merujuk kepada sahabat saya serta adik-beradiknya dengan bapa kandungnya.
Pernah satu ketika sahabat saya dan anak-anaknya datang kerumah ibunya. Kata sahabat saya ketika dia masuk bersama anak-anaknya, dari luar dia terdengar suara bisikan kejut adik-beradik bapa tirinya supaya sembunyikan semua makanan. Dia sangat terkejut tetapi ditabahkan jua hati untuk masuk kerana telah sampai. Apabila dia melangkah masuk ibu dan adik beradik bapa tirinya semua bermuka masam mencuka, malah tidak berkata walau sepatah pun. Nampak sangat kedatangan sahabat saya dan anak-anak tidak dialu-alukan malah sangat dibenci oleh mereka. Malah setelah tinggal seharian disitu anak-anaknya turut dimarah tanpa usul periksa. Tidak cukup dengan itu anaknya tidak diberi makan yang baik oleh adik-beradik bapa tirinya. Paling menyedihkan apabila anaknya mengambil buah-buahan dari peti sejuk, tetapi dirampas oleh mereka. Apalah salahnya anak kecil mengambil sedikit makanan dari rumah opah sendiri, tetapi itulah hakikat yang berlaku pada sahabat saya. Oleh kerana sakit hati bercampur sedih sahabat saya terus pulang kerumah pada hari itu juga tanpa bercakap sepatah kata pun.
Kejadian itu telah banyak kali berlaku, tetapi yang terakhir ini, sahabat saya telah bertekad tidak akan pulang lagi kerumah ibunya. Bagi sahabat saya, cukuplah setakat itu dia dihina dan dimalukan. Bukan kerana apa, tetapi kerana keluarga sahabat saya orang yang miskin. Jadi kerana itu, dia telah dihina sedemikian rupa oleh adik-beradik bapa tirinya malah ibu kandungnya dendiri tergamak berbuat demikian. Cuma sekali sahaja dia pulang ketika ibunya meninggal dunia. Itu pun sebentar sahaja.
Mungkin pembaca hairan, kenapa sahabat saya tidak tuntut sahaja haknya. Menurut sahabat saya, dia berpegang pada nasihat arwah abang nya yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu. Abangnya berpesan supaya dia dan adik beradik tidak berbalah pasal harta benda, yang mana harta benda ini akan menyebabkan kita bermusuhan malah, berpecah belah. Wasiat abanyanya lagi kita tetap membesar menjadi seorang yang berhati baik, walaupun tidak memakan harta pusaka itu, dan kalau adik-beradik tirinya masih bersikap sobong dan tamak, kita berserah sahaja pada Allah untuk memutuskannya kelak.
Sehingga kini sahabat saya masih berpegang pada wasiat arwah abangnya.
Namun sekarang ini, sahabat saya tidak lagi hidup susah kerana anak-anaknya telah dewasa dan bekerja. walaupun bukan menjadi orang kaya, tetapi mereka sekeluarga hidup aman damai dirumah mereka sendiri. Sahabat saya tidak lagi hidup miskin seperti dahulu. Allah swt itu maha adil, walaupun sahabat saya hidup susah sewaktu kecil, tetapi akibat dari kesabaran, dan pasrah dengan ketentuan Allah swt, Allah telah memberikan ketenangan jua kepada sahabat saya setah dia berusia. Allah swt juga memberikan dia anak-anak yang baik dan sayang serta menghormatinya. selain itu masyarakat setempat juga menghormati sahabat saya sebagai oarng yang dipercayai. Malah sebilangan mereka juga meminta sahabat saya mengajar mereka membaca al-quran dan anak-anak mereka juga dihantar mengaji al-quran. Bagi saya itulah balasan yang baik dari Allah swt kepada hambanya yang sabar dan bersyukur dengan ujiannya.
Bagi adik-beradiknya yang baru, ingatlah suatu hari kamu akan dipersoal aleh Allah atas setiap perbuatan kamu. Kamu akan memikul semua kesalahan itu sewaktu dipadang masyar kelak. Tetapi itu adalah urusan kamu dengan Allah swt.
Para pembaca sekalian, cerita sahabat saya belum berakhir sebab dia masih lagi hidup dan sihat sejahtera. Cuma penulisan saya sahaja yang berada dihujung. Saya mintak maaf sebab cara saya menulis ayat agak berterabur. Jadi sila maafkan saya, dan terima kasih sebab sudi bersabar membaca penulisan saya yang masih amat baru ini.
Sekian Terima Kasih....

Monday, March 21, 2011

Salam kepada semua..

                                            Tsunami yang berlaku di Jepun

                   Sudah lama saya tidak menulis dalam blog ni. Apa yang menyebabkan saya ingin menulis semula sebab berlakunya ribut tsunami yang melanda Jepun 11 Mac 2011 bersamaan dengan 6 Rabiulakhir 1432H pada Jam 2.30pm waktu tempatan. Apa yang berlaku di Jepun pasti tidak pernah terbayang oleh kebanyakan umat manusia. Dalam kita semua leka dengan kehebatan dan kecanggihan teknologi yang dipamerkan oleh rakyat Jepun, tiba-tiba berlaku satu gempa bumi dan ombak tsunami yang telah meragut puluhan ribu rakyat Jepun. Negara yang begitu gah dan kaya telah dilumpuhkan dalam masa hanya beberapa jam oleh bencana alam. 






     Selain itu belum lagi Jepun dapat menyelesaikan masalah Tsunami, Reaktor nuklear Jepun pula telah meletup dan melepaskan radiasi yang sangat bahaya. Dalam laporan bank dunia Jepun memerlukan masa 5 tahun untuk membangun semula dan memperbetulkan semula keadaan. Banyak nyawa yang terkorban, banyak harta yang hilang, dan banyak hati yang terluka dek kerana semua ini. 
    Apa yang yang saya ingin kongsikan bukanlah semua maklumat ini, tetapi saya ingin mengajak semua rakyat malaysia berfikir, kalaulah bencana tsunami seperti itu melanda negara kita. Apa yang kita akan buat. Mampukah kita sebuah negara yang kecil menangani keadaan seperti ini. 
    Saya mahu mengajak semua rakyat negara kita berfikir sejenak. Apakah kita merasa selamat daripada malapetaka seperti itu. Apakah kita bersenang hati bahawa negara kita terletak dikawasan yang selamat dari bencana seperti tsunami.
                            Kerosakan harta benda dan nyawa yang besar di Jepun

    Bukan niat saya untuk meminta-minta perkara seperti itu berlaku. Tetapi apabila saya melita keadaan masyarakat kita, dengan macam-macam kerosakan dan keruntuhan akhlak dan moral yang berada ditahap yang teruk sekarang ini. Rakyat negara kita terutamanya bangsa melayu dan beragama islam sekarang ini tergolong dalam sebahagian besar yang terlibat dengan jenayah dan berbagai keruntuhan akhlak dan moral dari peringkat umur 11 hinggalah lewat 50-an. Mereka seolah-olah terlupa akan adanya hari pembalasan dari Allah swt bukan sahaja apabila kita mati tetapi didunia lagi akan mendapat balasan azab Allah swt. 
     Ingatlah saudara, azab Allah terlalu hampir kepada kita. Pertama yang berlaku di Indonesia, Jiran kita yang paling hampir. kedua pula berlaku kepada negara Jepun, juga merupakan jiran kita yang hampir. allh swt telah memberi amaran dua kali kepada kita. Kalau kita tidak insaf dan bertaubat dari segala dosa kita, kelak kita pasti akan mendapat balasan dari Allah swt. 
     Saya mengajak semua umat islam di malaysia khususnya, marilah kita bersama bertaubat dan memohon ampuan dari Allah swt agar bencana seperti itu tidak ditimpakan keatas kita... amin

Friday, November 26, 2010

Best LG 42LD450 42 Inch Full HD 1080p Digital LCD TV



LG 42LD450 42-Inch 1080p 60 Hz LCD HDTV

















  

       

LG 42LD450 42-Inch 1080p 60 Hz LCD HDTV

Tuesday, November 9, 2010

Amazon Kindle preview

Kindle Wireless Reading Device, Wi-Fi, 6" Display, Graphite - Latest Generation

Kindle is Amazon 1 bestselling item for two years running. It’s also the most-wished-for, most-gifted, and has the most 5-star reviews of any product on Amazon.

Available Product at Amazon.com















Kindle Accessories