Monday, March 21, 2011

Salam kepada semua..

                                            Tsunami yang berlaku di Jepun

                   Sudah lama saya tidak menulis dalam blog ni. Apa yang menyebabkan saya ingin menulis semula sebab berlakunya ribut tsunami yang melanda Jepun 11 Mac 2011 bersamaan dengan 6 Rabiulakhir 1432H pada Jam 2.30pm waktu tempatan. Apa yang berlaku di Jepun pasti tidak pernah terbayang oleh kebanyakan umat manusia. Dalam kita semua leka dengan kehebatan dan kecanggihan teknologi yang dipamerkan oleh rakyat Jepun, tiba-tiba berlaku satu gempa bumi dan ombak tsunami yang telah meragut puluhan ribu rakyat Jepun. Negara yang begitu gah dan kaya telah dilumpuhkan dalam masa hanya beberapa jam oleh bencana alam. 






     Selain itu belum lagi Jepun dapat menyelesaikan masalah Tsunami, Reaktor nuklear Jepun pula telah meletup dan melepaskan radiasi yang sangat bahaya. Dalam laporan bank dunia Jepun memerlukan masa 5 tahun untuk membangun semula dan memperbetulkan semula keadaan. Banyak nyawa yang terkorban, banyak harta yang hilang, dan banyak hati yang terluka dek kerana semua ini. 
    Apa yang yang saya ingin kongsikan bukanlah semua maklumat ini, tetapi saya ingin mengajak semua rakyat malaysia berfikir, kalaulah bencana tsunami seperti itu melanda negara kita. Apa yang kita akan buat. Mampukah kita sebuah negara yang kecil menangani keadaan seperti ini. 
    Saya mahu mengajak semua rakyat negara kita berfikir sejenak. Apakah kita merasa selamat daripada malapetaka seperti itu. Apakah kita bersenang hati bahawa negara kita terletak dikawasan yang selamat dari bencana seperti tsunami.
                            Kerosakan harta benda dan nyawa yang besar di Jepun

    Bukan niat saya untuk meminta-minta perkara seperti itu berlaku. Tetapi apabila saya melita keadaan masyarakat kita, dengan macam-macam kerosakan dan keruntuhan akhlak dan moral yang berada ditahap yang teruk sekarang ini. Rakyat negara kita terutamanya bangsa melayu dan beragama islam sekarang ini tergolong dalam sebahagian besar yang terlibat dengan jenayah dan berbagai keruntuhan akhlak dan moral dari peringkat umur 11 hinggalah lewat 50-an. Mereka seolah-olah terlupa akan adanya hari pembalasan dari Allah swt bukan sahaja apabila kita mati tetapi didunia lagi akan mendapat balasan azab Allah swt. 
     Ingatlah saudara, azab Allah terlalu hampir kepada kita. Pertama yang berlaku di Indonesia, Jiran kita yang paling hampir. kedua pula berlaku kepada negara Jepun, juga merupakan jiran kita yang hampir. allh swt telah memberi amaran dua kali kepada kita. Kalau kita tidak insaf dan bertaubat dari segala dosa kita, kelak kita pasti akan mendapat balasan dari Allah swt. 
     Saya mengajak semua umat islam di malaysia khususnya, marilah kita bersama bertaubat dan memohon ampuan dari Allah swt agar bencana seperti itu tidak ditimpakan keatas kita... amin

No comments:

Post a Comment